MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025

𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟭𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan bertempat di 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗶𝘀 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 bersempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗪𝗥𝗨𝗥) bagi kawasan 𝗗𝗨𝗡 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮. Ia telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui penglibatan dalam aktiviti senamrobik. Di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal, program ini juga berperanan mengeratkan hubungan antara ahli komuniti menerusi interaksi yang positif dan semangat kebersamaan.
Aktiviti utama yang dijalankan semasa program ialah senamrobik, yang telah disertai oleh seramai 30 orang peserta daripada komuniti setempat khususnya dari DUN Rembia. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan para peserta menunjukkan semangat serta kerjasama yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung.
Keseluruhan program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemai gaya hidup sihat dan memperkukuh perpaduan komuniti.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search