- JBS Melaka
- Hits: 32
SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 32
Banda Hilir 16 Ogos 2025 - Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Melaka telah diadakan yang melibatkan wakil-wakil Agensi Kerajaan, Persatuan Sukan, Persatuan Belia serta Institusi Pengajian Tinggi Awam bertempat di Mahkota Parade Shopping Centre, Melaka. Seramai 200 orang peserta telah hadir ke sesi libat urus ini yang dikendalikan bersama Polis Diraja Malaysia Negeri Melaka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka YB Tuan Khoo Poay Tiong. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Encik Zailani bin Siran.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir menyertai program ini. Semoga program ini dapat memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat yang berguna untuk memastikan persekitaran yang selamat dalam industri sukan khususnya di negeri Melaka.