SUNGAI PUTAT, 13 September 2024 - Team JBS Negeri Melaka bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya berkesempatan untuk turun padang bagi melawat dan menyantuni beberapa mangsa banjir di sekitar Kampung Sungai Putat Melaka. Lawatan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di bawah Program Rakan Prihatin yang digerakkan bersama-sama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya dan JPKK Kampung Sungai Putat.
Turut hadir sama En. Mohamad Mazlan bin Anis, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan, JBS Negeri Melaka dan Puan Norazlin bt Sarun, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
- JBS Melaka
- Hits: 174
