- JBS Melaka
- Hits: 4
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI NEGERI MELAKA 2025 MENUTUP TIRAI
- JBS Melaka
- Hits: 4
TANJUNG BIDARA, 5 Oktober 2025 - Program Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Melaka 2025 telah menutup tirai dengan jayanya. Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 47 orang peserta yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan pertubuhan belia dan organisasi dari seluruh negeri Melaka.
.
Pelbagai pengisian menarik yang dan berfokus kepada proses pengurusan organisasi yang sistematik telah disediakan dan dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terlatih. Antaranya adalah seperti Pengurusan Mesyuarat dan Dokumentasi, Kepimpinan dan Kemahiran Komunikasi, Penyediaan Kertas Kerja dan Pengurusan Kewangan termasuklah sesi Kembara PPO.
.
Sesi perkongsian bersama pihak ROY dan IYRES diteruskan di hari ketiga program termasuklah majlis perasmian penutup yang telah disempurnkan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka.
.
Majlis penutup turut dihadiri oleh YBrs En Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, Timb. Pengarah mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta YBrs Sdr Kuhan A/L Morgan, Setiausaha Kerja mewakili Presiden MGBM.
