PODCAST JADI MEDIUM PROMOSI HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

JASIN, 8 Oktober 2025 – Inisiatif promosi Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025 diteruskan dengan pendekatan segar apabila Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka tampil dalam segmen Info@Netizen Hitz Jasin hari ini.
.
Menariknya, segmen podcast yang dikendalikan oleh DJ Ubai itu menampilkan Encik Zailani Bin Siran, Pengarah JBS Negeri Melaka, sebagai tetamu jemputan khas bagi berkongsi maklumat terkini dan keunikan program HSN Melaka tahun ini.
.
Dalam sesi santai namun penuh informasi itu, Encik Zailani menjemput seluruh rakyat negeri Melaka khususnya warga Merlimau untuk hadir memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Dataran Orang Kampung, Merlimau.
.
Beliau turut menekankan bahawa penganjuran HSN bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu gerakan nasional bagi menyemarakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan kecergasan dalam komuniti.
.
Podcast ini turut menjadi platform efektif bagi menyebarkan maklumat secara lebih santai dan dekat dengan masyarakat, selaras dengan pendekatan promosi digital yang lebih interaktif dan mesra belia.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search