Y-HUB NEGERI MELAKA SEMARAK AKTIVIRI PREMIS KBS

AYER KEROH, 4 Oktober 2025 - Program Y-Hub (Youth Bazar) Peringkat Negeri Melaka sempena Malam Galau Rakan Muda @ Hang Tuah Jaya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh. Sebanyak 10 gerai belia mengambil bahagian dalam memeriahkan program ini yang dihadiri 2,000 orang pengunjung.
.
Y-Hub merupakan port atau tempat belia bersantai di samping menjadi lokasi para belia meningkatkan potensi diri melalui aktiviti serta program sampingan yang disediakan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menyemarakkan program pembangunan belia.
.
Antara gerai yang ada adalah Gerai Coffee, Gerai Jeruk, Gerai Ramen dan Makanan Viral, Gerai Air Balang, Gerai Burger Baik, Gerai Chicken Tenders dan Gerai Seafood Bakar.
.
Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut hadir memeriahkan program berkenaan yang tamat jam 12.00 malam.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search