AYER KEROH, 24 Oktober 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) Peringkat Zon Selatan 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . KJOM Zon Selatan 2025 bakal berlangsung 7 hingga 9 November 2025 ini di Bukit Katil, Melaka.
AYER KEROH, Melaka 24 Oktober 2025 - Telah berlangsung majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka kepada Pasukan Para Tenpin Boling Negeri Melaka, melibatkan seramai 10 orang atlet para serta 3 orang pengurus dan jurulatih. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan semangat juang atlet para negeri Melaka dalam persiapan menghadapi temasya Para SUKMA 2026. Semoga suntikan semangat dan penghargaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang kontinjen para Melaka di pentas kebangsaan.
ALOR GAJAH, 19 Oktober 2025 – Program International Tour De Historical Malacca 2025 telah berlangsung dengan meriah di Freeport A’Famosa Outlet, Alor Gajah. Pelepasan kayuhan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM), Encik Zailani Siran, bersama Encik Sodikin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, serta ASP Mohamad Yassar Ishak, wakil Ketua Polis Daerah Alor Gajah. Terdahulu satu sesi serahan cek cura Geran Padanan Sukan bernilai RM55,000.00 telah disampaikan oleh Pengarah JBSNM kepada Encik Fadil Saidin, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Kembara selaku penganjur.
KLEBANG, 18 Oktober 2025 – Program Rakan Muda Rakan Bumi Plogging @ Komuniti Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 4/2025 telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Klebang. Program ini melibatkan aktiviti plogging dari Taman Klebang Utama hingga ke Jambatan Baru Klebang, dengan penyertaan seramai 45 orang peserta, termasuk pasukan OPS Bebas daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama MAYC Kawasan Bukit Katil, serta mendapat sokongan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKM) dan Kolej UNITAR Melaka. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang dan YBhg. Datuk Hj. Shadan Bin Hj Othman, Datuk Bandar MBMB. Program dimulai dengan sesi pembahagian kumpulan, taklimat dan Pembahagian Peralatan dari MBMB, seterusnya pelepasan peserta Plogging (Berjalan sambil mengutip sampah) di Taman Klebang Utama menuju ke Jambatan Baru Klebang dan kembali ke lokasi pelepasan untuk berehat dan menimbang sampah yang telah dikutip. Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata, sijil Penyertaan dan 9 timbangan sampah terberat telah menerima hadiah berupa hamper sumbangan daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran belia dan komuniti terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal berbentuk sukan rekreasi seperti plogging. Ia juga berperanan memupuk semangat sukarelawan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan belia, selain mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan belia di peringkat daerah. Turuh hadir En Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Saudara Muhammad Ikhwan Bin Mohd Zaidi, Pengerusi MAYC Kawasan Bukit Katil
Jasin, 18 Oktober 2025 – Penyerahan Cek Cura Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada penganjur Acara Melaka International Mountain Bike 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran. Majlis tersebut berlangsung di Taman Ekstrem Tasik ChinChin, Jasin, Melaka, dengan kehadiran ramai peserta dan pengunjung seawal jam 5.00 pagi. Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan pada edisi tahun ini, menjadikan penganjuran kali ini antara yang terbesar dan paling meriah. Program ini turut menjadi platform memperkukuh pelancongan sukan negeri serta menyemarakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti berbasikal lasak di peringkat antarabangsa.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Dataran Orang Kampung bergema dengan sorakan dan rentak muzik bertenaga apabila Pertandingan Aerobikthon sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gaya dan semangat luar biasa! . Acara ini menjadi tumpuan ramai apabila para peserta menunjukkan aksi lincah dan penuh tenaga, seiring irama muzik yang menggegarkan pentas utama. Persembahan daripada instruktor-instruktor profesional turut mencuri perhatian dengan koreografi menarik dan gerakan serentak yang memukau penonton. . Suasana semakin meriah apabila pelbagai kategori pertandingan diumumkan dengan penyampaian hadiah kepada peserta paling menyerlah – termasuk kategori tenaga paling wow, gaya paling kreatif dan penyertaan paling bersemangat. . HSN Melaka 2025 nyata berjaya menyatukan rakyat daripada pelbagai peringkat umur untuk bersukan sambil bergembira, menjadikan Aerobikthon antara acara paling dinanti setiap tahun.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Suasana penuh gelak tawa dan sorakan mewarnai Pertandingan Sukan Tradisional sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung meriah di Dataran Orang Kampung, Merlimau. Pelbagai aktiviti penuh nostalgia mencuit hati pengunjung apabila sebanyak 10 acara tradisional dipertandingkan, membawa kembali kenangan zaman dahulu dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan. . Antara acara yang mencuri tumpuan ialah Congkak, Batu Seremban, Baling Selipar, Boling Kelapa, Galah Panjang, dan Lari Dalam Guni, yang bukan sahaja menguji kemahiran tetapi juga mencetuskan gelak tawa sepanjang pertandingan. . Peserta wanita menunjukkan kehebatan mereka apabila nama seperti Nur Izzaty Binti Abdullah dan Rashidah menonjol dalam beberapa acara sekaligus, menjadikan mereka antara “bintang sukan tradisional” edisi kali ini. . Antara pemenang lain yang menyerlah ialah Haslinda Yusof (Tembak Getah), Adil Zamri (Boling Kelapa), dan Syafiq Hashim (Isi Air Dalam Botol). Sementara itu, kategori berpasangan dan berkumpulan turut tidak kurang hebatnya apabila Adil dan Danial muncul juara acara Lambung Kasih, manakala pasukan Nur Izzaty menepati ramalan dengan menjuarai Galah Panjang. . Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi simbol perpaduan dan semangat masyarakat setempat dalam mengekalkan warisan permainan tradisional bangsa agar terus hidup dalam jiwa generasi muda.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Aksi sengit dan penuh strategi mewarnai Kejohanan E-Sports Mobile Legends: Bang Bang sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Dataran Orang Kampung, Merlimau. . Sebanyak 16 pasukan dari seluruh negeri berentap menunjukkan kehebatan dan kemahiran dalam arena maya, dengan pasukan MSL Bukan Semi Pro akhirnya dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan lawan hebat dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik. . Tempat naib johan menjadi milik GB4B Merlimau Pasir, manakala Cihuy Esports dan XCarban masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat. . Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja mengangkat sukan elektronik sebagai medium baharu pembangunan sukan belia, malah berjaya menarik minat ramai pengunjung yang hadir memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing. . Program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara komuniti setempat serta memperkukuh peranan e-sukan sebagai aktiviti sihat dan berdaya saing di kalangan generasi muda.
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Pertandingan Gusti Lengan sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 di Dataran Orang Kampung, Merlimau mencuri tumpuan ramai apabila barisan peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang tampil menunjukkan kekuatan fizikal serta semangat kesukanan yang tinggi. Pertandingan yang berlangsung penuh sengit itu menyaksikan pertembungan hebat antara peserta lelaki dan wanita dalam pelbagai kategori berat badan bagi tangan kiri dan kanan. Ia bukan sahaja menguji kekuatan otot, malah turut menonjolkan disiplin, daya ketahanan serta keazaman luar biasa setiap peserta. Antara pemenang yang menyerlah ialah Ezzy Luqman Hakimi Bin Noris yang menjuarai kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 66kg, manakala Joyce Heng membuktikan kehebatannya apabila mendominasi dua kategori utama – Wanita Tangan Kiri Terbuka dan Wanita Tangan Kanan Terbuka. Penganjuran pertandingan ini bukan sekadar mencungkil bakat baharu dalam arena gusti lengan, malah turut memberi ruang kepada masyarakat untuk memupuk semangat kesukanan sejati bersempena Hari Sukan Negara 2025. “Pertandingan seperti ini membuktikan bahawa kekuatan bukan hanya pada tenaga, tetapi juga pada semangat dan keazaman untuk terus berjuang,” ujar salah seorang peserta selepas menamatkan aksi akhir. Dengan sambutan hangat dan sokongan padu daripada orang ramai, Pertandingan Gusti Lengan HSN Melaka 2025 berjaya mencipta suasana meriah serta membuktikan bahawa sukan ini terus mendapat tempat dalam kalangan belia dan komuniti setempat. Senarai Pemenang Pertandingan Gusti Lengan HSN Melaka 2025:- . Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 66kg 1.Ezzy Luqman Hakimi Bin Noris 2.Bryan Darius Anak Robert 3.Chan Kai xin 4.Darshan A/L Thamarai Kannan 5.Ahmad Dhani Bin Mohd Zaki 6.Johan Habibbullah Muhd Tan Bin Abdul Fattah 7.Lim Sze Ming 8.Muhd Zulhaiqal Zufry Bin Zulkarnain . Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 66kg-76kg* 1.Tan Kai Yuan 2.Lai Wei Cong 3.Jeffery Wong Wei Cong 4.Chan Eason 5.Muhd Daniesh Haizal Bin Mohd Aran 6.Danson Ee Kai Jie 7.Thanaseelan A/L Kumaran 8.Muhd Nurhafiz Bin Hamidon . Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 76kg-86kg* 1.Tan Kai Yuan 2.Muhd Daniesh Haizal Bin Mohd Aran 3.Bryan Darrius Anak Robert 4.Muhd Denial Hakim Bin Samsul 5.Muhd Zulhaiqal Zufry Bin Zulkarnain 6.Thannaseelan A/L Kumaran 7.Nur Alif Alfian Bin Hamidi 8.Muhd Addib Farhan Bin Mohd Fikri . Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 86kg+* 1.Muhd Haikal Hakimi bin Jais 2.Mohd Azwallillah Siddiq bin Mohd Azman 3.Luqman Nulhakim Bin Jafar 4.Muhd Hafiz Hafizi Bin Mohd Idris 5.Cholan Darius Gundarajoo 6.Kelvin Tay Lik Kim 7.Muhd Hazim Asyraf Bin Mohd Rashidi 8.Leong Yong Wei . Kategori Wanita Tangan Kiri Terbuka 1.Joyce Heng 2.Nura Ain Binti Osman 3.Nur Hidayu Binti Nor Rongzi 4.Siti Aisyah Binti Abu Hasan 5.Fathiyyah Binti Mat Isa 6.Ili Ajeerah Binti Hashim Najib 7.Kuntum Dhia Sakura 8.Nurul Fatin Nabila Binti Abdullah . Kategori Lelaki Tangan Kiri 76kg 1.Lai Sheng Yong 2.Muhd Asri Bin Mohd Anuar 3.Muhd Fakhruradzi Bin Rashid 4.Muhd Farez Bin Bahari 5.Addyfelilie Manuil 6.Bryan Darius Anak Robert 7.Muhd Daniesh Haikal Bin Mohd Aran 8.Jeffery Wong Wei Cong . Kategori Lelaki Tangan Kiri 76kg 1.Muhd Ameyr Ho Bin Imran Ho 2.Muhd Haikal Hakimi Bin Jais 3.Mohd Azwallillah Siddiq bin Mohd Azman 4.Audi Tan 5.Cholan Darius Gundarajoo 6.Luqman Nulhakim Bin Jafar 7.Markus Nen 8.Muhd Hafiz Hafizi Bin Mohd Idris Kategori Wanita Tangan KANAN TERBUKA 1.Joyce Heng 2.Nura Ain Binti Osman 3.Nur Hidayu Binti Nor Rongzi 4.Saliza Binti Kamarudin 5.Rohainah Binti Wahab 6.Nurul Fatin Nabila Binti Abdullah 7.Ili Ajeerah Binti Hashim Najib 8.Leong Yong Er . Kategori Lelaki Tangan Kanan 70kg 1.Muhd Asri Bin Mohd Anuar 2.Lai Sheng Yong 3.Juliasin bin Karaisin 4.Addyfelilie Manuil 5.Danson Ee Kai Jie 6.Muhd Ulwan bin Mohd Hamzah 7.Ahmad Fiqri Bin Mat Daud 8.Muhd Amirul Iskandar Bin Mohd Fauzi . Kategori Lelaki Tangan Kanan 70kg-86kg 1.Muhd Ameyr Ho Bin Imran Ho 2.Loo Wayee 3.Tan Kai Yuan 4.Yasser Arsward Bin Abu 5.Nur Alif bin Rahim 6.Jeffery Wong wei Cong 7.Muhd Daniesh Haziq bin Mohd Aran 8.Amir Hussain . Kategori Lelaki Tangan Kanan 86kg 1.Muhd Haikal Hakimi bin Jais 2.Ahmad Norfaes Bin Kamaluddin 3.Mohd Faizal Bin Mad Dom 4.Muhd Hafiz Hafizi Bin Mohd Idris 5.Chin Yong Quan 6.Markus Nen 7.Mohd Azwallillah Siddiq bin Mohd Azman 8.Audi Tan . Pertandingan ini jelas membuktikan bahawa semangat Hari Sukan Negara bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga tentang penyatuan rakyat melalui aktiviti yang mencabar fizikal, memperkukuh semangat juang dan membina keyakinan diri.