- JBS Melaka
- Hits: 4
MELAKA INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2025
- JBS Melaka
- Hits: 4
Jasin, 18 Oktober 2025 – Penyerahan Cek Cura Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada penganjur Acara Melaka International Mountain Bike 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran.
Majlis tersebut berlangsung di Taman Ekstrem Tasik ChinChin, Jasin, Melaka, dengan kehadiran ramai peserta dan pengunjung seawal jam 5.00 pagi. Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan pada edisi tahun ini, menjadikan penganjuran kali ini antara yang terbesar dan paling meriah.
Program ini turut menjadi platform memperkukuh pelancongan sukan negeri serta menyemarakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti berbasikal lasak di peringkat antarabangsa.
