- JBS Melaka
- Hits: 4
AEROBIKTHON HSN MELAKA 2025 GEGAR DATARAN ORANG KAMPUNG
- JBS Melaka
- Hits: 4
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Dataran Orang Kampung bergema dengan sorakan dan rentak muzik bertenaga apabila Pertandingan Aerobikthon sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gaya dan semangat luar biasa!
.
Acara ini menjadi tumpuan ramai apabila para peserta menunjukkan aksi lincah dan penuh tenaga, seiring irama muzik yang menggegarkan pentas utama. Persembahan daripada instruktor-instruktor profesional turut mencuri perhatian dengan koreografi menarik dan gerakan serentak yang memukau penonton.
.
Suasana semakin meriah apabila pelbagai kategori pertandingan diumumkan dengan penyampaian hadiah kepada peserta paling menyerlah – termasuk kategori tenaga paling wow, gaya paling kreatif dan penyertaan paling bersemangat.
.
HSN Melaka 2025 nyata berjaya menyatukan rakyat daripada pelbagai peringkat umur untuk bersukan sambil bergembira, menjadikan Aerobikthon antara acara paling dinanti setiap tahun.
