MERIAH! SUKAN TRADISIONAL GEGAR DATARAN ORANG KAMPUNG MERLIMAU

MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Suasana penuh gelak tawa dan sorakan mewarnai Pertandingan Sukan Tradisional sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung meriah di Dataran Orang Kampung, Merlimau.
Pelbagai aktiviti penuh nostalgia mencuit hati pengunjung apabila sebanyak 10 acara tradisional dipertandingkan, membawa kembali kenangan zaman dahulu dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan.
.
Antara acara yang mencuri tumpuan ialah Congkak, Batu Seremban, Baling Selipar, Boling Kelapa, Galah Panjang, dan Lari Dalam Guni, yang bukan sahaja menguji kemahiran tetapi juga mencetuskan gelak tawa sepanjang pertandingan.
.
Peserta wanita menunjukkan kehebatan mereka apabila nama seperti Nur Izzaty Binti Abdullah dan Rashidah menonjol dalam beberapa acara sekaligus, menjadikan mereka antara “bintang sukan tradisional” edisi kali ini.
.
Antara pemenang lain yang menyerlah ialah Haslinda Yusof (Tembak Getah), Adil Zamri (Boling Kelapa), dan Syafiq Hashim (Isi Air Dalam Botol). Sementara itu, kategori berpasangan dan berkumpulan turut tidak kurang hebatnya apabila Adil dan Danial muncul juara acara Lambung Kasih, manakala pasukan Nur Izzaty menepati ramalan dengan menjuarai Galah Panjang.
.
Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi simbol perpaduan dan semangat masyarakat setempat dalam mengekalkan warisan permainan tradisional bangsa agar terus hidup dalam jiwa generasi muda.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search