PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN BUMI PLOGGING @ KOMUNITI RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH SIRI 4/2025

KLEBANG, 18 Oktober 2025 – Program Rakan Muda Rakan Bumi Plogging @ Komuniti Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 4/2025 telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Klebang. Program ini melibatkan aktiviti plogging dari Taman Klebang Utama hingga ke Jambatan Baru Klebang, dengan penyertaan seramai 45 orang peserta, termasuk pasukan OPS Bebas daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama MAYC Kawasan Bukit Katil, serta mendapat sokongan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKM) dan Kolej UNITAR Melaka. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang dan YBhg. Datuk Hj. Shadan Bin Hj Othman, Datuk Bandar MBMB.
Program dimulai dengan sesi pembahagian kumpulan, taklimat dan Pembahagian Peralatan dari MBMB, seterusnya pelepasan peserta Plogging (Berjalan sambil mengutip sampah) di Taman Klebang Utama menuju ke Jambatan Baru Klebang dan kembali ke lokasi pelepasan untuk berehat dan menimbang sampah yang telah dikutip. Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata, sijil Penyertaan dan 9 timbangan sampah terberat telah menerima hadiah berupa hamper sumbangan daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran belia dan komuniti terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal berbentuk sukan rekreasi seperti plogging. Ia juga berperanan memupuk semangat sukarelawan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan belia, selain mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan belia di peringkat daerah.
Turuh hadir En Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Saudara Muhammad Ikhwan Bin Mohd Zaidi, Pengerusi MAYC Kawasan Bukit Katil

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search