LANGKAWI, 5 Jun 2025 - Kursus Pemantapan Pelan Transisi Belia Tahun 2025 anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah berlangsung dengan jayanya bermula 3 hingga 5 Jun 2025 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi, Kedah. . Turut hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka adalah Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBS Melaka dan Encik Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
AYER KEROH, 1 Jun 2025 - YBhg. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara hadir menyantuni belia Negeri Melaka sempena Program Jalinan Mesra Boling Anak Muda Negeri Melaka 2025 di Melaka International Bowling Centre, MITC. Program anjuran Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu itu mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia Dan Sukan melalui penyaluran Dana Sukan Komuniti (DSK) yang berjumlah RM10,000.00. Hadir sama ialah YBrs. Tuan Zailani Siran, Pengarah JBSNM dan YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden GB4B (M) Negeri Melaka.
MELAKA, 1 Jun 2025 - Liga Futsal Piala TYT YDP Negeri Melaka Tahun 2025 melabuhkan tirainya hari ini di Kapten Futsal Melaka Mall apabila TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam YDP Negeri Melaka berkenan menyampaikan ucapan perasmian penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang. Terdahulu YBrs Tuan Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka telah menyampaikan cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) KBS bernilai RM45,000.00 kepada Presiden Persatuan Bangsa Aktif Malaysia, YBhg Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bagi pelaksanaan kejohanan ini. Hadir sama YB Datuk, P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka dan YBhg Datin Sapiah binti Haron, YDP MPHTJ. ย
๐๐๐ก๐๐จ, ๐ฏ๐ญ ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Dun Lendu Tahun 2025 secara rasminya melabuhkan tirai pada hari ini. Pelbagai acara dan aktiviti telah disediakan bagi warga setempat khususnya penduduk di kawasan Dun Lendu. Acara "Fun Walk" antaranya telah diadakan bertempat di Kompleks Japerun Dun Lendu, Masjid Tanah Melaka. Acara ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut diiringi oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Mohd Asri bin Hj. Ninggal selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka. Seramai 315 orang peserta telah menyertai acara ini dengan jarak laluan adalah sejauh 2.3 kilometer (km). Penyertaan peserta adalah terdiri daripada warga setempat yang melibatkan pelbagai kaum dan peringkat umur. Terima kasih diucapkan kepada pihak agensi kerajaan dan badan-badan NGO yang telah banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara ini sehingga selesai.
SUNGAI UDANG, 30 Mei 2025 โ Suasana malam di Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang bertukar menjadi lebih meriah dan berwarna-warni apabila lebih 300 peserta menyertai Neon Night Fun Walk @Sg Udang, sempena program WRUR Dun Sg Udang. Acara yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam ini dianjurkan secara bersama oleh Japerun Sungai Udang dan MAYC Bukit Katil, dengan objektif memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti setempat. Peserta yang mengenakan pakaian bercahaya neon memulakan aktiviti berjalan kaki sejauh 3 kilometer mengelilingi kawasan sekitar kompleks, sambil diiringi muzik, lampu LED dan pelbagai elemen interaktif yang menambah keceriaan acara. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Bin.Yusoh Ketua Menteri Melaka. Turut hadir sama En. Zailani Bin Siran Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Menurut penganjur, sambutan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, belia, serta warga emas. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal, malah turut memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Pihak penganjur turut menyatakan harapan agar acara sebegini dapat dijadikan acara tahunan, sekali gus memperkukuh gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan komuniti DUN Sungai Udang.
MELAKA, 31 Mei 2025 - Program Intervensi Sesi 2 : Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka dilaksanakan dengan penuh meriah sempena Grand Opening Decathlon Melaka. Seramai 100 orang peserta hadir memeriahkan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Myfitjoy Aerobic Club dan Decathlon Malaysia cawangan Melaka.ย Program intervensi ini merupakan aktiviti yang diadakan khas buat peserta bagi membantu mereka menjalani gaya hidup sihat, kekal aktif dan secara tidak langsung menurunkan berat badan meraka. Ayuh semua Mana Lagi !! Melaka Ler !!!
SEREMBAN, 22 - 24 Mei 2025 - Telah berlangsung Bengkel TOT bagi Program Pengurusan Organisasi (PPO) Tahun 2025 yang diselaraskan sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua Pegawai Kepimpinan dan Sahsiah dari seluruh JBS Negeri termasuk pegawai-pegawai dari IKTBN dan IKBN. Bengkel selama 3 hari 2 malam itu telah dikendalikan sepenuhnya oleh barisan pembuat modul bagi program tersebut yang juga terdiri daripada pegawai-pegawai belia dan sukan yang bertujuan sebagai persediaan pelaksanaan dikalangan pegawai-pegawai kepimpinan dan sahsiah seluruh JBS Negeri disamping sebagai medium bagi memantapkan pengisian Program Pengurusan Organisasi berdasarkan cita rasa anak muda hari ini. JBS Negeri Melaka turut berbangga terhadap penglibatan salah seorang pegawai iaitu En. Sodikin Bin Ali sebagai salah seorang pembuat modul bagi pelaksanaan program ini. Dengan pelbagai pengisian yang menarik bakal menanti peserta bagi program ini yang bakal berlangsung bermula bulan Jun 2025, pihak jabatan mahupun Kementerian Belia dan Sukan amat teruja dengan kembalinya program seperti ini yang memfokus dan menitikberatkan nilai efisien di dalam sesebuah pengurusan organisasi terutamanya dikalangan persatuan-persatun belia di seluruh negara. Perasmian penutup bengkel ini juga telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Port Dickson mewakili YBrs Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
WISMA NEGERI, MELAKA 26 Mei 2025 - Satu Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Gelanggang Sukan Berbumbung di Wisma Negeri Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat Intan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka. Majlis ini telah dimulakan dengan sesi penyerahan projek siap daripada Syarikat Mekar Rimbun Resources kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan seterusnya sesi penyerahan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka. Hadir bersama menyempurnakan sesi penyerahan ini YBhg. Datuk Noraini Binti Tawel Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka dan YBrs. Encik Zalani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir menyaksikan sesi penyerahan ini YBrs. Encik Aszhary bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Dan Khidmat Sokongan, Jabatan Belia Dan Sukan Negara. Semoga kemudahan gelanggang berbumbung ini akan memberikan manfaat kepada komuniti setempat khususnya kepada penjawat awam yang berkhidmat di Wisma Negeri. Ayuh kita terus aktif bersukan untuk sihat dan cergas.!! JBSN Kominted.!!
BATU BERENDAM, 24 Mei 2025โ Suasana di Kompleks Sukan Batu Berendam berubah jadi lautan semangat luar biasa hari ini apabila acara Bola Tampar Duduk dan Futsal secara rasmi menutup tirai Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Melaka 2025. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk P Shanmugam a/l V. Pitchay. Hadir sama Yang Berusaha Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Yang Berusaha Encik Faizal bin Mohd Zabil, Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Yang Berusaha Encik Mohd Eirwan bin Halim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas), Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah dan Yang Berbahagia Encik Bong Koi Sin, Presiden, Persatuan Olimpik Khas Negeri Melaka selaku rakan strategik program. Tahniah kepada semua pemenang LiSOKU Melaka 2025. Berikut adalah senarai pemenang.
Bola Tampar Duduk Wanita Johan: Jasin A Naib Johan: Jasin B Ketiga: Alor Gajah A
Bola Tampar Duduk Lelaki Johan: Melaka Tengah A Naib Johan: Jasin C Ketiga: Jasin B
Futsal Wanita Johan: Alor Gajah A Naib Johan: Melaka Tengah A Ketiga: Alor Gajah B
Futsal Lelaki Johan: Melaka Tengah A Naib Johan: Jasin A Ketiga: Melaka Tengah C
Kemenangan anda adalah inspirasi buat seluruh Negeri Melaka!