- JBS Melaka
- Hits: 31
PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 31
AYER KEROH, 28 November 2025 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Tahun 2025 telah dilaksanakan di JBSN Melaka, KOMBES, PBSD Melaka Tengah, PBSD Alor Gajah dan PBSD Jasin bermula 26 hingga 28 November 2025.
Pemeriksaan aset ini bertujuan untuk memastikan aset diurus secara sistematik dan berkesan, memastikan rekod adalah lengkap dan tepat serta berada di lokasi yang sepatutnya.
Sesi pemeriksaan aset telah dihadiri oleh Pegawai Pemeriksa Aset dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan iaitu Encik Muhammad Ismail bin Zohri, Encik Mohd Khushairi bin Zainal, Encik Muhammad Syahir bin Mohd Sabri, Encik Muhammad Saiful bin Mohd Zuki, Encik Muhammad Waisulkarni bin Sulaiman dan Encik Izuan Afendi bin Azlan.
