- JBS Melaka
- Hits: 33
MAJLIS BACAAN YASIN KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025 SERIKAN PERJALANAN BELIA DENGAN DOA & KESEJAHTERAAN
- JBS Melaka
- Hits: 33
AYER KEROH, 27 November 2025 – Suasana tenang dan syahdu memenuhi Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) apabila Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yasin sempena Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 berlangsung dengan penuh tertib dan makna.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Encik Zamzul Qamar Mohd Jamil, disertai warga kerja JBSNM dalam suasana yang cukup harmoni. Turut sama memeriahkan majlis ialah Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBSNM, yang hadir memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada seluruh pasukan pelaksana.
.
Program KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 bakal membuka tirai dari 28 hingga 30 November 2025 bertempat di Bukit Katil, Melaka, mengumpulkan penyertaan belia dari tiga negeri — Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Penganjuran bacaan Yasin ini menjadi simbolik permulaan yang penuh keberkatan agar perjalanan program berjalan lancar, teratur dan membawa manfaat kepada seluruh peserta.
.
Dengan semangat kerjasama serantau, KJOM 2.0 dijangka menjadi platform terbaik bagi mendekatkan belia dengan kepimpinan serta memupuk semangat perpaduan, kepimpinan dan kesukarelawanan.
.
Semoga KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 berlangsung dengan cemerlang, diberkati dan menjadi inspirasi buat belia Malaysia!
