PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN OLEH PEGAWAI BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

Paroi, 24 November 2025 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan telah dilaksanakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, KOMBES, PBSD Seremban dan PBSD Port Dickson secara silang oleh Pegawai Pemeriksa Aset dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pemeriksaan aset ini adalah bertujuan untuk mengetahui keadaan dan prestasi aset, memastikan rekod adalah lengkap dan tepat serta memastikan aset berada di lokasi yang sepatutnya. Pemeriksaan aset ini bermula 24 hingga 25 November 2025.
Sesi pemeriksaan aset ini telah dihadiri oleh Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Encik Muhamad Norman bin Omar, Encik Mohd Remiezan Effendie bin Ibrahim dan Encik Mohamad I'sah bin Abd Rahim.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search