PROGRAM RAKAN MUDA PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH SIRI 6 TAHUN 2025

ALOR GAJAH, 27 NOVEMBER 2025 – Program Rakan Muda Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri Ke-6 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴, 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵. Penganjuran siri kali ini memberi tumpuan kepada aktiviti menyantuni warga emas melalui pendekatan kecergasan dan riadah santai.
Program dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 𝗠𝘆𝗳𝗶𝘁𝗷𝗼𝘆 𝗔𝗲𝗿𝗼𝗯𝗶𝗰𝘀 𝗖𝗹𝘂𝗯 bersama ahli 𝗦𝗔𝗧𝗥𝗜𝗔, diikuti empat acara sukaneka yang meriah iaitu musical chair, baling belon air, boling kelapa dan masukkan benang ke dalam jarum. Kesemua acara dijalankan dalam suasana ceria dan penuh gelak tawa, sekali gus menggalakkan kesejahteraan fizikal serta interaksi sosial yang positif dalam kalangan peserta.
Program ini disertai seramai 60 orang ahli 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 (𝗣𝗔𝗪𝗘) 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 bersama 15 orang 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗦𝗔𝗧𝗥𝗜𝗔 dari 𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 yang bertindak sebagai pengendali dan pengiring aktiviti. Turut disediakan pelbagai hadiah menarik, termasuk anugerah khas Kumpulan Paling Ceria sebagai penghargaan kepada peserta yang menunjukkan semangat kesukanan terbaik.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇𝗮𝗹 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗮𝘁 𝗬𝗮𝗮𝗰𝗼𝗯, Pegawai Kebajikan dan Masyarakat Daerah Alor Gajah. Turut hadir memeriahkan program ialah 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah serta 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗹𝗶𝗮𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗡𝗮𝘆𝗮𝗻, Pengerusi PAWE Alor Gajah.
Penganjuran program ini terus memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan belia sukarelawan dalam usaha menyantuni komuniti, khususnya warga emas, selaras dengan aspirasi Rakan Muda Rakan Prihatin.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search