RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH SIRI 5/2025

PANTAI PUTERI, 23 November 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Muda Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 5/2025 dengan jayanya bertempat di Pentas Budaya, Pantai Puteri Melaka. Program ini bertujuan menyantuni anak- anak Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM) Dan Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSSAAS) melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat dengan Penyertaan keseluruhan berjumlah 100 orang.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah kuiz, sukaneka, sesi riadah serta aktiviti mengutip sampah di sekitar kawasan Pantai Puteri sebagai usaha memupuk semangat kekitaan, penjagaan alam sekitar, saling kerjasama dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia serta para peserta.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menyediakan platform kepada golongan belia melaksanakan aktiviti kesukarelawan dan kemanusiaan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama, selaras dengan aspirasi Rakan Muda dalam memperkasa belia prihatin dan berdaya bakti.
Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ab Dullah bin Bakar, Setiausaha Khas Kebajikan JAPERUN Pantai Kundur mewakili YB Datuk Tuminah binti Kadi @ Mohd Hadhim, ADUN Pantai Kundur. Turut hadir En. Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Encik Amiruddin bin Md Sareh, Pengurus PAYASUM, Tuan Haji Muhamad Nor bin Aman, Penyelaras Sahsiah, Disiplin dan Keselamatan (RAYSSAAS) dan Encik Abdul Rafi Muiz bin Omar, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tangga Batu.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search