- JBS Melaka
- Hits: 27
TAKLIMAT KELUARGA ANGKAT KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025 BERLANGSUNG PENUH SEMANGAT & KEHANGATAN BELIA
- JBS Melaka
- Hits: 27
BUKIT KATIL, 27 November 2025 – Suasana di Bilik Mesyuarat Japerun Bukit Katil hari ini cukup meriah dengan kehadiran 10 wakil keluarga angkat yang bakal terlibat dalam Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025. Pertemuan penuh mesra ini membuka tirai persiapan program besar yang akan menyantuni, mendekati dan memperkasa belia di seluruh Zon Selatan.
.
Taklimat berfokus dan padat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, yang menekankan peranan penting keluarga angkat sebagai ‘nadi penggerak komuniti’ dalam memastikan perjalanan KJOM lebih bermakna dan memberi impak.
.
Para wakil keluarga angkat turut berkongsi rasa teruja dan komitmen untuk menyambut peserta KJOM dengan penuh hormat dan kasih sayang, sekali gus mewarnai kembara ini dengan nilai kekeluargaan dan kebersamaan.
.
Dengan sokongan padu daripada keluarga angkat, KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 dijangka berlangsung lebih mantap, inklusif, dan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para belia yang terlibat.
.
Melaka terus membuktikan bahawa kekuatan komuniti adalah kunci kepada kejayaan program pembangunan belia negeri ini.
.
KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 ini di Bukit Katil, Melaka.
