SENAMAN WARGA EMAS DAERAH JASIN 2026 SIRI 8

SELANDAR, 26 November 2025 – Program Senaman Warga Emas Daerah Jasin 2026 Siri 8 telah dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pondok Kempas, Selandar. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin dan PAWE Pondok Kempas ini menjadi salah satu pengisian pusat ini bagi menggalakkan warga emas terlibat dengan aktiviti senaman dan kesihatan.
Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti fizikal ringan yang sesuai dengan kemampuan mereka, disamping menggalakkan interaksi sosial dan semangat komuniti. Para peserta turut diberikan penerangan berkaitan penjagaan kesihatan asas serta kepentingan aktiviti kecergasan berkala.
Penganjuran siri ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan akan diteruskan di lokasi-lokasi lain sekitar Daerah Jasin sebagai usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan warga emas.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search