Pulau Sebang, 14 Disember 2025 - Program Motocross Track Day Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 Siri 2 @ Alor Gajah yang berlangsung selama 2 hari telah pun melabuhkan tirainya hari ini. Kemuncak program ini apabila para peserta berpeluang untuk menunggang motorsikal jenis enduro melalui laluan yang berliku dan penuh cabaran dengan merentasi kawasan belukar, berbatu dan juga berlopak sejauh 22 kilometer. Kemahiran mengawal motorsikal dan kekuatan mental serta fizikal para peserta diuji pada ketika ini. Terdahulu para peserta telah diberi taklimat keselamatan dan pengetahuan berkaitan sukan permotoran lasak melalui klinik motocross yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Bermotor FTG. Program anjuran bersama Gerakan Belia 4B Cawangan Pulau Sebang Selatan ini telah ditutup rasmi oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Jasin, Melaka – Program Kelas Renang Fasa 3 Siri 1 Tahun 2025 Peringkat Daerah Jasin telah berjaya dilaksanakan selama dua hari, iaitu pada 13 dan 14 Disember 2025, bertempat di Kolam Renang MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin. Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM), bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran renang kepada para peserta khususnya dalam aspek teknik renangan, keselamatan di dalam air serta peningkatan tahap kecergasan fizikal. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah sekitar Daerah Jasin telah mengambil bahagian dalam program ini. Sepanjang pelaksanaan, para peserta didedahkan dengan latihan intensif merangkumi teknik renang asas dan lanjutan, disiplin semasa berada di dalam air serta pembinaan keyakinan diri. Program ini dikendalikan oleh jurulatih renang bertauliah dan berpengalaman, dengan pemantauan rapi bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa berada pada tahap tertinggi. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta amat memberangsangkan serta mendapat maklum balas positif daripada pihak penganjur. Penganjuran Kelas Renang Fasa 3 ini diharap dapat melahirkan lebih ramai murid yang mahir berenang, sekali gus menjadi platform awal untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan akuatik di peringkat daerah dan negeri. Program ini juga selari dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda. Secara keseluruhannya, Kelas Renang Fasa 3 Siri 1 Tahun 2025 Peringkat Daerah Jasin telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Pulau Sebang, 13 Disember 2025 - Telah berlangsung Klinik Motocross Sempena Program Motocross Peringkat Negeri Melaka Siri 2 @ Alor Gajah Tahun 2025 di Taman Mahsuri, Pulau Sebang, Alor Gajah. Program anjuran bersama Gerakan Belia 4B Cawangan Pulau Sebang Selatan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Sukan Bermotor FTG ini telah dilengkapkan dengan elemen keselamatan, peralatan dan pakaian, teknik asas menunggang dan lain-lain yang berkaitan sukan rekreasi bermotor ini. Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Hafiz Nordin, Pengerusi JPKK Pulau Sebang Selatan. Turut hadir Encik Mohd Khairol Kamis, Penolong Pengarah Kanan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Terdahulu YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka turut berkesempatan hadir menyantuni para peserta dan urusetia.
Ayer Keroh , 10 Disember 2025 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Cheerleading Peringkat Negeri Melaka 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran seramai 100 orang peserta daripada 24 buah sekolah. Program ini buat julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Life In Balance Aerobics Club bertujuan mempromosikan sukan Cheerleading dikalangan masyarakat Malaysia yang melibatkan akrobatik, tarian, lompatan, pyramid, aksi dan shouting. Sesi latihan dan pembelajaran ini telah dikendalikan oleh enam (6) orang jurulatih dari Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM). Di akhir sesi tersebut telah diumumkan seramai 26 orang peserta yang telah terpilih untuk mewakili Negeri Melaka dalam Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 20 & 21 Disember 2025 di Sunway, Velocity Mall. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hasiran Bin Lemat, Ketua Penolong Pengarah Unit Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Turut hadir YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Cheerleading Association and Register of Malaysia (Charm) dan Life In Balance Aerobics Club yang merupakan rakan strategik dalam membantu menjayakan KLAS Cheerleading Peringkat Negeri Melaka ini.
9 Disember 2025 | Selandar, Jasin, Program Rakan Muda Rakan Demokrasi; Undi Orang Muda telah meneruskan penganjuran Simulasi Pilihan Raya Siri 2 Tahun 2025 bertempat di SBPI Selandar, Jasin melibatkan seramai 106 murid tingkatan 4. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses pilihan raya sebenar merangkumi sesi taklimat, kempen, pengundian dan pengiraan undi. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan literasi demokrasi serta kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda agar lebih bersedia menjadi pengundi bertanggungjawab pada masa hadapan. Program berlangsung dengan lancar dan menerima penyertaan aktif daripada para peserta yang menunjukkan minat mendalam terhadap proses demokrasi negara.
ALOR GAJAH, 6 DISEMBER 2025 - Kejohanan Sukan Antara Jabatan & Sukan Veteran Parlimen Masjid Tanah sempena Karnival Masjid Tanah : Kampung Kita Tahun 2025 telah dianjurkan bagi menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, jabatan dan Institut Pengajian Tinggi dalam satu penganjuran sukan berskala besar yang berteraskan semangat perpaduan dan kesukanan. Kejohanan ini telah berlangsung pada 𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟲 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 dan menggunakan dua venue utama iaitu 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 serta 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵. Majlis Perasmian Kejohanan disempurnakan oleh 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗯 𝗥𝗮𝘂𝗳 𝗯𝗶𝗻 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗵, Ketua Menteri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗪𝗶𝗿𝗮 𝗛𝗷. 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗗𝘂𝗿𝘂𝗺, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗪𝗶𝗿𝗮 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗿𝘀𝗵𝗮𝗱, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 (𝗗𝗿) 𝗛𝗷. 𝗦𝘂𝗹𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗔𝗹𝗶, ADUN Lendu; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗺𝗲𝗲𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘆𝘁𝗵𝗲𝗲𝗻 𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗲𝗲𝗿, ADUN Ayer Limau merangkap Penganjur Kejohanan; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, ADUN Kuala Linggi; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Melaka; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗹𝗮𝘀, Pegawai Daerah Alor Gajah; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗧𝗣𝗿. 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺, Yang DiPertua MPAG; serta 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, kejohanan ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan penglibatan 𝟭𝟲 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝗷𝗲𝗻 yang mewakili 𝟮𝟭 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶, 𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗧 di bawah Parlimen Masjid Tanah. Sebanyak 𝟭𝟬 𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 telah dipertandingkan sepanjang kejohanan. Antaranya ialah 𝗳𝘂𝘁𝘀𝗮𝗹, 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝟵 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵, 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴, 𝗱𝗮𝗿𝘁, 𝗸𝗮𝗿𝗼𝗺, 𝗽𝗶𝗻𝗴-𝗽𝗼𝗻𝗴, 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗸𝗿𝗮𝘄, 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗱𝗺𝗶𝗻𝘁𝗼𝗻. Kesemua acara tersebut dijalankan dengan penglibatan pegawai teknikal yang berpengalaman, sekaligus memastikan setiap pertandingan dijalankan secara adil dan teratur. Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan cemerlang. Ia bukan sahaja meningkatkan hubungan antara jabatan, malah menyemarakkan budaya sukan dalam kalangan penjawat awam. Ucapan tahniah dirakamkan kepada semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan dalam acara masing-masing. Bagi yang belum berjaya, diharapkan agar terus berusaha dan mencuba lagi pada penganjuran tahun hadapan.
Tanjung Tuan, 6 Disember 2025 — Sempena sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Melaka 2025, kesemua peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan, masing-masing menjalankan aktiviti yang berbeza namun berteraskan tema pemuliharaan alam dan ilmu pengetahuan. Kumpulan pertama memulakan perjalanan mereka dengan aktiviti hiking ke Bukit Batu Putih, salah satu destinasi popular yang menjadi simbol keindahan alam di Tanjung Tuan. Peserta diberi taklimat keselamatan sebelum mendaki dan sepanjang perjalanan mereka diterangkan mengenai flora unik serta kepentingan menjaga hutan pesisir. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal tetapi turut menanam nilai menghargai alam sekitar dalam kalangan belia. Kumpulan kedua mengikuti lawatan sambil belajar di Rumah Api Tanjung Tuan, rumah api tertua di Malaysia yang kaya dengan nilai sejarah maritim. Peserta didedahkan kepada fungsi rumah api, kepentingannya dalam dunia pelayaran serta sejarah kawasan Tanjung Tuan. Lawatan ini membuka peluang kepada belia untuk memahami warisan negara serta kepentingan memulihara bangunan bersejarah. Kumpulan ketiga pula menyertai lawatan pendidikan ke Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan, di mana mereka diberikan penerangan mengenai kepelbagaian spesies haiwan di kawasan tersebut, termasuk kepentingan konservasi ekosistem hutan pantai. Peserta turut menyertai sesi interaktif mengenai langkah-langkah pemeliharaan biodiversiti dan ancaman terhadap habitat semula jadi. Selepas ketiga-tiga kumpulan selesai menjalankan aktiviti masing-masing, semua peserta kembali berkumpul untuk sesi penutup yang meriah melalui kuiz interaktif Kahoot. Soalan-soalan disusun berdasarkan pengetahuan yang diperoleh daripada ketiga-tiga lokasi, menjadikan sesi ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi turut menguji pemahaman peserta. Sorakan dan gelak tawa memenuhi ruang ketika peserta bersaing secara sihat untuk merebut gelaran juara.
Tanjung Tuan, 6 Disember 2025 – Lebih 200 peserta yang terdiri daripada Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT, Kelab Rakan Muda serta Ahli Dewan Belia Negeri Melaka telah menyertai program Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka serta Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berhormat Datuk V.P Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Melaka yang seterusnya merasmikan program tersebut. Turut hadir, Yang Berusaha Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Yang Berusaha Encik Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka serta Yang Berusaha Encik Yong Li Tian, Penolong Pegawai Jabatan Perhilitan Negeri Melaka. Penganjuran ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan pemeliharaan alam, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti belia di negeri Melaka.
AYER KEROH, 5 DISEMBER 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka menyambut baik perlaksanaan Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku yang disambut pada 5 hingga 7 Disember 2025. Perlaksanaan sambutan ini telah memberi manfaat kepada pelanggan setia Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Hari pertama sambutan telah memberi manfaat kepada UUM International Secondary School Melaka (UUMIS) yang mempunyai rekod 48 jam penggunaan Gelanggang Bola Keranjang dan Gelanggang Badminton di premis ini. Tahniah juga kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diatas penganjuran Program Kecergasan Aerobic Dance dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat 2025.