- JBS Melaka
- Hits: 37
MOTOCROSS TRACK DAY PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025 SIRI 2 @ ALOR GAJAH
- JBS Melaka
- Hits: 37
Pulau Sebang, 14 Disember 2025 - Program Motocross Track Day Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 Siri 2 @ Alor Gajah yang berlangsung selama 2 hari telah pun melabuhkan tirainya hari ini.
Kemuncak program ini apabila para peserta berpeluang untuk menunggang motorsikal jenis enduro melalui laluan yang berliku dan penuh cabaran dengan merentasi kawasan belukar, berbatu dan juga berlopak sejauh 22 kilometer. Kemahiran mengawal motorsikal dan kekuatan mental serta fizikal para peserta diuji pada ketika ini.
Terdahulu para peserta telah diberi taklimat keselamatan dan pengetahuan berkaitan sukan permotoran lasak melalui klinik motocross yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Bermotor FTG. Program anjuran bersama Gerakan Belia 4B Cawangan Pulau Sebang Selatan ini telah ditutup rasmi oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
