- JBS Melaka
- Hits: 60
Program Rakan Muda Rakan Demokrasi : Undi Orang Muda Simulasi Pilihan Raya Siri 2 Tahun 2025
- JBS Melaka
- Hits: 60
9 Disember 2025 | Selandar, Jasin, Program Rakan Muda Rakan Demokrasi; Undi Orang Muda telah meneruskan penganjuran Simulasi Pilihan Raya Siri 2 Tahun 2025 bertempat di SBPI Selandar, Jasin melibatkan seramai 106 murid tingkatan 4.
Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses pilihan raya sebenar merangkumi sesi taklimat, kempen, pengundian dan pengiraan undi. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan literasi demokrasi serta kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda agar lebih bersedia menjadi pengundi bertanggungjawab pada masa hadapan.
Program berlangsung dengan lancar dan menerima penyertaan aktif daripada para peserta yang menunjukkan minat mendalam terhadap proses demokrasi negara.
