KEJOHANAN SUKAN ANTARA JABATAN DAN SUKAN VETERAN PARLIMEN MASJID TANAH SEMPENA KARNIVAL MASJID TANAH : KAMPUNG KITA 2025

ALOR GAJAH, 6 DISEMBER 2025 - Kejohanan Sukan Antara Jabatan & Sukan Veteran Parlimen Masjid Tanah sempena Karnival Masjid Tanah : Kampung Kita Tahun 2025 telah dianjurkan bagi menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, jabatan dan Institut Pengajian Tinggi dalam satu penganjuran sukan berskala besar yang berteraskan semangat perpaduan dan kesukanan.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟲 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 dan menggunakan dua venue utama iaitu 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 serta 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵.
Majlis Perasmian Kejohanan disempurnakan oleh 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗯 𝗥𝗮𝘂𝗳 𝗯𝗶𝗻 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗵, Ketua Menteri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗪𝗶𝗿𝗮 𝗛𝗷. 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗗𝘂𝗿𝘂𝗺, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗪𝗶𝗿𝗮 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗿𝘀𝗵𝗮𝗱, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 (𝗗𝗿) 𝗛𝗷. 𝗦𝘂𝗹𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗔𝗹𝗶, ADUN Lendu; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗺𝗲𝗲𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘆𝘁𝗵𝗲𝗲𝗻 𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗲𝗲𝗿, ADUN Ayer Limau merangkap Penganjur Kejohanan; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, ADUN Kuala Linggi; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Melaka; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗹𝗮𝘀, Pegawai Daerah Alor Gajah; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗧𝗣𝗿. 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺, Yang DiPertua MPAG; serta 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan penglibatan 𝟭𝟲 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝗷𝗲𝗻 yang mewakili 𝟮𝟭 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶, 𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗧 di bawah Parlimen Masjid Tanah.
Sebanyak 𝟭𝟬 𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 telah dipertandingkan sepanjang kejohanan. Antaranya ialah 𝗳𝘂𝘁𝘀𝗮𝗹, 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝟵 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵, 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴, 𝗱𝗮𝗿𝘁, 𝗸𝗮𝗿𝗼𝗺, 𝗽𝗶𝗻𝗴-𝗽𝗼𝗻𝗴, 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗸𝗿𝗮𝘄, 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗱𝗺𝗶𝗻𝘁𝗼𝗻. Kesemua acara tersebut dijalankan dengan penglibatan pegawai teknikal yang berpengalaman, sekaligus memastikan setiap pertandingan dijalankan secara adil dan teratur.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan cemerlang. Ia bukan sahaja meningkatkan hubungan antara jabatan, malah menyemarakkan budaya sukan dalam kalangan penjawat awam. Ucapan tahniah dirakamkan kepada semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan dalam acara masing-masing. Bagi yang belum berjaya, diharapkan agar terus berusaha dan mencuba lagi pada penganjuran tahun hadapan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search