- JBS Melaka
- Hits: 39
KLINIK MOTOCROSS SEMPENA PROGRAM MOTOCROSS PERINGKAT NEGERI MELAKA SIRI 2 @ ALOR GAJAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 39
Pulau Sebang, 13 Disember 2025 - Telah berlangsung Klinik Motocross Sempena Program Motocross Peringkat Negeri Melaka Siri 2 @ Alor Gajah Tahun 2025 di Taman Mahsuri, Pulau Sebang, Alor Gajah.
Program anjuran bersama Gerakan Belia 4B Cawangan Pulau Sebang Selatan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Sukan Bermotor FTG ini telah dilengkapkan dengan elemen keselamatan, peralatan dan pakaian, teknik asas menunggang dan lain-lain yang berkaitan sukan rekreasi bermotor ini.
Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Hafiz Nordin, Pengerusi JPKK Pulau Sebang Selatan. Turut hadir Encik Mohd Khairol Kamis, Penolong Pengarah Kanan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Terdahulu YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka turut berkesempatan hadir menyantuni para peserta dan urusetia.
