AYER KEROH 10 SEPT 2024 - YBrs Encik Mohamad Mazlan bin Anis Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bilangan 2 bagi tahun 2024. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat berkala yang dilaksanakan bagi menyelaras memantau status pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri Melaka.
AYER KEROH, 10 September 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Program Jiwa Komuniti Madani Parlimen Jasin sempena Hari Sukan Negara Daerah Jasin 2024 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Seri Setia, Blok Bendahara, Seri Negeri. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Datuk Dr Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap Adun Kawasan Merlimau.
.
Hari Sukan Negara 2024 akan mengetengahkan konsep Malaysia Madani sukan Baharu dan Sukan Rakyat bertujuan untuk penyatuan kesejahteraan serta mengangkat prinsip saling hormat menghormati.
.
Rakan strategik bagi Hari Sukan Negara Daerah Jasin tahun ini ialah MAYC Simpang Bekoh. Selain itu, antara persatuan lain yang terlibat ialah GB4B (M) Solok Kilang Berapi, Real Soccer Merlimau Academy, Merlimau Runner Crew dan GB4B (M) Merlimau Pasir.
.
Sambutan Hari Sukan Negara Daerah Jasin 2024 akan dilaksanakan pada 12 Oktober 2024 di Merlimau. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti Merlimau Berpeluh Fun Run, Aerobikthon, Senam Warga Emas, Street Soccer Kids, Gerai Jualan, Pameran Agensi, Sukan Rakyat dan Jualan Madani.
.
Turut hadir dalam mesyuarat ialah Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; dan Azreen Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah Jasin.
LENDU, 9 September 2024 - Telah berlangsung Kursus Kejurulatihan Cabaran Tali Tinggi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah. Program anjuran Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia bermula 6 hingga 9 September 2024 dengan penyertaan seramai 30 orang peserta dari seluruh Malaysia.
Objektif penganjuran kursus adalah untuk mempersiapkan mental dan fizikal para jurulatih dalam praktikal pengendalian aktiviti dalam elemen tali tinggi. Selain itu juga, jurulatih didedahkan dengan peralatan tali tinggi dan penggunaannya dalam mengurus dan mengurangkan risiko. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Hadir sama Encik Nor Rijam bin Ibrahim, Pengerusi Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia. Terima Kasih kerana memilih Kompleks Rakan Muda Alor Gajah sebagai venue pilihan. Untuk sebarang urusan tempahan fasiliti & kemudahan di :
Kompleks Sukan Masjid Tanah dan
Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
pejabat ini sedia dihubungi melalui talian 06-3853282 dan 06-3853800.
Tempahan Fasiliti & Kemudahan juga boleh dilaksana dalam talian
LENDU, 8 September – Telah berlangsung Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Siri 1 Sesi kedua bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Modul sesi kedua memfokus kepada gerakan kaki (kicking) dan apungan (floating).
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah antara lain untuk memberi pendedahan tentang kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam aktiviti berenang.
Selain itu juga, ia memberi keyakinan kepada peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berasaskan air.Berenang memerlukan kemahiran dan teknik yang tersendiri untuk dipelajari. Selain untuk aktiviti beriadah atau rekreasi, aktiviti berenang telah diketengahkan melalui kejohanan atau pertandingan di peringkat antarabangsa.
LENDU, 5 September 2024 - Telah berlangsung Kursus Pengurusan Pemantapan Minda Dan Pengurusan Stress SPRM Selangor dan SPRM Kuala Lumpur bertempat di Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah. Program anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan Kuala Lumpur bermula 3 hingga 5 September 2024 dengan penyertaan seramai 130 orang Pegawai dan Kakitangan.
Objektif penganjuran kursus adalah untuk mempersiapkan mental dan fizikal dan persediaan latihan untuk Atlet Ibu Pejabat Zon D ke Konvensyen SPRM yang akan diadakan pada bulan Oktober di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Atlet juga diharap dapat mengekalkan momentum serta fokus dalam menghadapi kejohanan kelak.
Terima Kasih kerana memilih Kompleks Rakan Muda Alor Gajah sebagai venue pilihan. Untuk sebarang urusan tempahan fasiliti & kemudahan di :
Kompleks Sukan Masjid Tanah dan
Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
pejabat ini sedia dihubungi melalui talian 06-3853282 dan 06-3853800.
Tempahan Fasiliti & Kemudahan juga boleh dilaksana dalam talian
AYER KEROH 8 SEPTEMBER 2024 - Terima kasih diucapkan kepada ekor Harimau Malaya yang hadir memeriahkan Dataran Bandaraya MBMB Ayer Keroh Melaka bagi menyaksikan perlawanan akhir di antara Malaysia dan Lubnan sempena PestaBola Merdeka 2024. Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan Lubnan dengan jaringan 1-0
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan program ini khususnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Ayuh teruskan sokongan buat Harimau Malaya dan terus semarakan aktiviti sukan sempena Hari Sukan Negara 2024.!!
AYER KEROH 7 SEPTEMBER 2024 - Buat julung kalinya sukan Karom dipertandingkan di Kejohanan Master Sports Peringkat Negeri Melaka dengan penyertaan daripada golongan veteran yang berumur 40 tahun ke atas. Kejohanan kali ini melibatkan seramai 128 orang peserta daripada 64 regu yang bertanding.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua agensi yang telah membantu menjayakan kejohanan ini. Ayuh kita cergas bersama.!!
AYER KEROH 7 SEPTEMBER 2024 - Kejohanan Master Sports Sukan Tenpin Bowling berlangsung meriah dengan melibatkan penyertaan daripada golongan veteran yang berumur 40 tahun ke atas. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi build up program menjelang sambutan Hari Sukan Negara yang bakal berlangsung pada bulan Oktober nanti, malah ianya menjadi bukti bahawa Kerajaan sentiasa serius dalam usaha untuk memperkasakan aktiviti sukan di pelbagai peringkat lapisan umur.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua agensi yang telah membajtu menjayakan kejohanan ini. Ayuh kita cergas bersama.!!
AYER KEROH 7 SEPTEMBER 2024 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka bakal kembali dimeriahkan dengan pelbagai acara dan aktiviti sukan pada 11, 12 dan 13 Oktober 2024 nanti. Hadir menyempurnakan Majlis Pra Perasmian HSN Melaka 2024 YB Datuk P Shanmugam A/L Pitchay Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC).
Turut hadir Encik Mohamad Mazlan bin Anis Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan. Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka akan diadakan di Banda Hilir Melaka. Manakala sambutan di peringkat Daerah Alor Gajah akan diadakan di Padang Taman Seri Aman Masjid Tanah dan sambutan di Daerah Jasin pula akan diadakan di Pekan Merlimau.
Ayuh sama-sama kita nantikan dan meriahkan HSN Melaka 2024.!! Ayuh kita Cergas Bersama.!!