- JBS Melaka
- Hits: 30
ATLET PARASUKMA MELAKA SEMARAKAN KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 30
BUKIT KATIL, 29 November 2025 – Kehadiran 60 peserta Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan nyata menyuntik kemeriahan di Bukit Katil, Melaka.
.
Lebih istimewa, program kali ini turut diserikan dengan penyertaan dua atlet Parasukma Melaka yang hadir penuh semangat bagi menyertai kembara selama 3 hari 2 malam tersebut.
.
Muhammad Haikal Mohd Razan, atlet Para Olahraga F41, serta Zulfahmi Hilmiyazat, atlet Tenpin Bowling TPB10, tampil mewakili Melaka dengan jiwa kental dan inspirasi tersendiri.
.
Penyertaan mereka bukan sekadar memeriahkan program, malah membawa mesej bahawa semangat anak muda, keberanian dan nilai inklusiviti wajar diraikan bersama tanpa mengira kemampuan fizikal. Kehadiran mereka menjadi simbol bahawa KJOM 2.0 adalah platform menyatukan komuniti belia dalam suasana harmoni, saling menghormati dan penuh nilai murni.
.
Program KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 sekali lagi membuktikan bahawa belia Malaysia mampu menjadi agen perpaduan, dengan setiap peserta membawa sinergi positif dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu.
