PENGAMAL MEDIA ANGKAT MARTABAT KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025

BUKIT KATIL, 30 November 2025 – Tanpa sorotan lensa dan laporan tepat daripada para pengamal media, Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 yang berlangsung dari 28 hingga 30 November lalu pasti tidak akan menggema di media sosial mahupun arus perdana.
.
Namun, kehadiran wakil media dari pelbagai agensi utama seperti Bernama, Astro, RTM, Media KBS, Utusan, serta sokongan Pempengaruh Negeri Melaka telah menyemarakkan penganjuran program ini dengan liputan menyeluruh, konten kreatif dan hebahan yang meluas.
.
Liputan berterusan yang diberikan telah membantu mengetengahkan pelbagai inisiatif KJOM 2.0, termasuk program kemasyarakatan, aktiviti pembangunan belia serta sesi libat urus bersama pemimpin. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan suasana, malah turut memastikan aspirasi belia disampaikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat.
.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengamal media serta pempengaruh yang komited memberikan perhatian terhadap agenda pembangunan belia di Zon Selatan.
KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 bukan sekadar berlangsung dengan meriah—malah diraikan dengan hebat melalui lensa dan pena mereka yang berada di barisan hadapan dunia penyiaran.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search