KELUARGA ANGKAT SEMARAK KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025

BUKIT KATIL, 28 November 2025 – Suasana penuh mesra dan bersatu hati menyelubungi Dewan Japerun Bukit Katil apabila 10 keluarga angkat dipilih menjadi tuan rumah kepada 60 peserta Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Peringkat Zon Selatan 2025. Program ini bukan sahaja menghubungkan belia dengan komuniti, malah menyuntik semangat kekeluargaan dan nilai kebersamaan yang menjadi teras KJOM 2.0.
.
Majlis Penyerahan Keluarga Angkat disempurnakan dengan penuh bermakna oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, sekali gus menandakan permulaan hubungan erat antara keluarga angkat dan peserta kembara.
.
Turut menyerikan majlis ialah Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, bersama Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 yang berlangsung dari 28 hingga 30 November di Bukit Katil, Melaka bakal menyaksikan pelbagai aktiviti turun padang, ziarah komuniti dan program pembangunan anak muda yang lebih progresif serta inklusif.
.
Dengan sokongan keluarga angkat dan komuniti setempat, edisi kali ini dijangka menjadi antara penganjuran paling hangat dan berimpak tinggi, sekaligus menyemarakkan semangat belia Zon Selatan!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search