MAJLIS PENARAFAN BINTANG PERTUBUHAN BELIA 2025 MERIAH , MELAKA TERUS UNGGUL DENGAN 5 BINTANG

BUKIT KATIL, MELAKA 30 November 2025 – Program Penarafan Bintang Pertubuhan Belia (Star Rating) yang diperkenalkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sejak 2015 kembali menyerlah tahun ini dengan penuh warna dan semangat anak muda.
.
Program ini bukan sekadar ukuran prestasi pertubuhan belia, tetapi turut menjadi platform untuk meningkatkan publisiti, memperkukuh amalan tadbir urus yang baik serta menyemai persaingan sihat dalam kalangan organisasi belia seluruh negara.
.
Melaka sekali lagi membuktikan kecemerlangan apabila tiga pertubuhan belia berjaya meraih Penarafan 5 Bintang bagi tahun 2024:
.
 Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka
 Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin
 Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah
.
Majlis Penyampaian Sijil Penarafan 5 Bintang Tahun 2025 sempena Townhall Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 berlangsung meriah dan penuh penghargaan apabila disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
.
Pertubuhan Belia yang baharu diluluskan pendaftaran oleh pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia turut menerima Sijil Perakuan Pendaftaran iaitu Kelab Rakan Muda Pantai Siring.
.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
.
 YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka
.
 YB Datuk KhaidHIRah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian & Pembangunan TVET Negeri Melaka merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka
.
 Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
.
 Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia
.
 Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
.
Majlis ini bukan sahaja meraikan kecemerlangan, malah meniupkan semangat baharu kepada pertubuhan belia untuk terus bergerak aktif, berdaya saing dan relevan dalam pembangunan belia negara.
.
Tahniah kepada semua penerima 5 Bintang! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak pertubuhan belia untuk melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search