- JBS Melaka
- Hits: 33
PROGRAM ILMIAH KJOM 2.0 ZON SELATAN SEMARAK NILAI MURNI BELIA
- JBS Melaka
- Hits: 33
BUKIT KATIL, 28 November 2025 – Program Ilmiah Bersama Komuniti menjadi antara pengisian utama dalam Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 yang berlangsung di Madrasah Al-Islahiah, Bukit Katil, Melaka. Program ini bertujuan memperkukuh sahsiah, membina jati diri serta menyuburkan nilai murni dalam kalangan belia setempat.
.
Sesi ceramah penuh inspirasi telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Arif Ariffin Abu Bakar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah. Beliau mengupas topik “Belia Terbaik, Sahsiah Cemerlang” dengan menekankan kepentingan akhlak, disiplin diri serta peranan belia sebagai agen perubahan masyarakat.
.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, serta Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Kehadiran pimpinan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam membentuk generasi belia berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
.
Penganjuran Program Ilmiah ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, institusi agama dan komuniti, malah menjadi platform terbaik mengangkat nilai-nilai murni dalam kalangan belia, selaras dengan aspirasi KJOM 2.0 yang menekankan pembangunan menyeluruh anak muda.
.
Program berjalan penuh harmoni dengan sambutan positif daripada peserta dan komuniti setempat. Semangat belia terus disemarakkan menuju KJOM 2.0 yang lebih berimpak dan bermakna.
