ZIARAH KASIH SEMARAKAN KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025

BUKIT KATIL, 29 November 2025 – Program Ziarah Kasih sempena Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 berjaya menyantuni lima buah rumah melibatkan golongan kurang bernasib baik di sekitar Bukit Katil, Melaka.
.
Aktiviti penuh keinsafan ini disertai YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; dan Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Selain itu, peserta KJOM 2.0 dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan turut turun padang menyampaikan sumbangan keperluan asas, barangan makanan, serta memberi sokongan moral kepada penerima.
.
Program ini turut disertai pemimpin tempatan, wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta komuniti setempat yang sama-sama berganding bahu menjayakan misi kemasyarakatan tersebut.
.
Menurut wakil penganjur, inisiatif Ziarah Kasih bukan sahaja bertujuan meringankan beban golongan memerlukan, malah menjadi wadah membentuk jiwa sukarelawan dalam kalangan belia agar lebih peka terhadap isu sosial.
.
Suasana penuh mesra dan kasih sayang jelas terpancar sepanjang sesi kunjungan apabila peserta mendengar sendiri kisah, cabaran dan keperluan setiap keluarga yang diziarahi.
.
Program Ziarah Kasih ini diharap dapat diteruskan setiap tahun sebagai simbol kepedulian belia dalam memperkukuh hubungan masyarakat serta menghidupkan budaya prihatin dalam komuniti.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search