PEMPENGARUH MELAKA 'TURUN PADANG' MERIAHKAN KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025

BUKIT KATIL, 29 November 2025 – Aura lain macam! Kehadiran barisan pempengaruh terkenal Melaka semalam benar-benar menghidupkan suasana Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 yang berlangsung di Dewan Japerun Bukit Katil.
.
Antara yang mencuri perhatian termasuk Jibam Ponti, Anak Nombor 2 Melaka, Abang Drone Melaka dan Balau – masing-masing hadir bukan sekadar menyokong, tetapi turut mempromosikan program ini kepada pengikut mereka di media sosial.
.
Dengan gaya santai dan mesra, para pempengaruh ini dilihat beramah mesra bersama peserta, merakam video belakang tabir, serta berkongsi momen menarik sepanjang program berlangsung. Kehadiran mereka ternyata menambah warna dan menarik lebih ramai anak muda untuk mengikuti perkembangan KJOM 2.0.
.
KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 terus membuktikan bahawa pendekatan moden dan penglibatan pempengaruh mampu menjadikan program anak muda lebih segar, dekat dengan komuniti dan penuh vibes positif.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search