4 Sept 2024 - Telah berlangsung sesi perjumpaan dan perbincangan antara Pengarah JBSNM dan Majlis Belia Malaysia berkaitan kolaborasi penganjuran Asean Youth & Heritage Forum 2024 yang akan berlangsung di Negeri Melaka pada 23-25 Oktober 2024.
AYER KEROH 4 SEPTEMBER 2024 - Satu perjumpaan telah diadakan di bilik mesyuarat JBS Melaka diantara Pengarah baharu En. Mohamad Mazlan Bin Anis bersama kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Perjumpaan ini adalah lebih kepada suai kenal antara pengarah baharu dan kakitangan. Beberapa amanat juga telah disampaikan oleh tuan pengarah bagi tujuan melancarkan urusan pentabiran di jabatan ini.
AYER KEROH 3 SEPTEMBER 2024 - Encik Mohamad Mazlan bin Anis Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka hadir ke Mesyuarat Post Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Ali Kompleks Seri Negeri. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Datuk P. Shanmugam A/L Pitchay ini turut dihadiri oleh wakil jabatan dan agensi di bawah portfolio belia dan sukan.
Mesyuarat ini merupakan inisiatif untuk memastikan kelancaran gerak kerja perancangan dan pelaksanaan bagi program-program belia dan sukan di samping memperkasakan lagi jalinan kerjasama di antara Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi dan NGO yang berkaitan. Sempena mesyuarat ini, Encik Mohamad Mazlan bin Anis turut berkesempatan mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka.
MERLIMAU, 3 September 2024 - Hari Sukan Negara (HSN) diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ia sebagai satu gaya hidup di kalangan rakyat Malaysia.
.
Sambutan HSN telah ditetapkan pelaksanaannya iaitu setiap hari Sabtu Minggu Kedua pada bulan Oktober setiap tahun.
.
Justeru itu bagi melancarkan perjalanan Hari Sukan Negara Daerah Jasin 2024 yang akan berlangsung Oktober ini, satu perjumpaan antara Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jasin; dan Azreen Ahmad, Pegawai Penerangan Daerah Jasin bersama YB Datuk Dr Akmal Saleh, Adun Kawasan Merlimau di Japerun Merlimau bagi pelaksanaan Komuniti Madani Jasin Berpeluh sempena HSN Jasin 2024.
.
Perbincangan membincangkan mengenai aturcara dan susunan program, penglibatan agensi dan persatuan, Mesyuarat Pelaksanaan, acara yang akan dilaksanakan dan kos perbelanjaan program. Datuk Dr Akmal Saleh juga berjanji akan membantu memastikan kemeriahkan program berkenaan untuk warga Jasin.
AYER KEROH 2 SEPTEMBER 2024 - Sesi perjumpaan Encik Mohamad Mazlan Haji Anis selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang baru bersama pegawai-pegawai. Selain berkenalan bersama pegawai yang juga ketua-ketua bahagian dan unit, sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan tugas-tugas dan gerak kerja di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Ayuh kita bekerja sebagai satu pasukan.!! JBSN Bersama.!!
AYER KEROH 1 SEPTEMBER 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut bersama menjayakan Program Jiwa Komuniti Madani 2024 yang berlangsung meriah di Dataran MBMB Ayer Keroh Melaka. Lebih 1,000 orang peserta hadir menyertai acara Fun Walk Jiwa Merdeka yang menjadi acara utama program ini.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Adam Adli Abd Halim Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang telah menyempurnakan perasmian dan turut menyertai acara fun walk bersama peserta. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini khususnya kepada Jabatan Penerangan Negeri Melaka dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya.
Bertemakan sambutan Kemerdekaan ke-67 pelbagai aktiviti dan acara menarik yang turut dilaksanakan sempena program ini.
Kota Laksamana, 1 September 2024 - Telah berlangsung Sesi 1 KLAS Renang Fasa II Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2024 dengan disertai seramai 40 orang peserta bertempat di RNJ Swimming Academy, Kota Laksamana bermula pada jam 8.30 pagi. Antara objektif program ini adalah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat dan mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada di air. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai dan berjaya menjalani latihan.
ASAHAN, 31 Ogos 2024 - Sukan Rakyat Merdeka Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh (FTGBS) 2024 telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh, Jasin dengan dihadiri 120 orang masyarakat Felda Bukit Senggeh.
.
Program telah disemarakkan dengan Aerobik Merdeka dibawah Program Komuniti Fit Daerah Jasin Siri 8 Tahun 2024 yang dikelolakan oleh Zin Ekyn dari Kelab Kecergasan Jelita Fit.
.
Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin turut serta dalam Aerobik Merdeka berkenaan yang berlangsung selama 30 minit.
.
Rakan strategik bagi Program Komuniti Fit Daerah Jasin 2024 ialah Kelab Sukan Rekreasi Pulai Barat, Serkam. Program ini akan berlangsung sebanyak 12 Siri yang melibatkan aktiviti fizikal dalam kecergasan.
31 Ogos 2024, Dataran MBMB - Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Melaka Tengah Siri 5 bersempena Jiwa Komuniti Madani Parlimen Hang Tuah Jaya. Program yang disertai seramai hampir 120 orang peserta dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah .
Turut hadir bersama dalam program ini, Penolong Pengarah JBS Negeri Melaka, Encik Mohd Khairul Bin Kamis, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Norazlin Binti Sarun & Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Puan Noor Adha binti Hashim.