- JBS Melaka
- Hits: 36
PASUKAN CHEERLEADING NEGERI MELAKA CEMERLANG DI PENTAS KEBANGSAAN
- JBS Melaka
- Hits: 36
Alhamdulillah Pasukan Cheerleading Negeri Melaka telah mencatat kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2025 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Kategori Level 0 (12 tahun ke bawah)
Pasukan cilik dari Negeri Melaka telah menunjukkan persembahan yang konsisten dan penuh tenaga, meraih tempat ketiga dalam kategori ini, memperlihatkan kemahiran asas dan semangat tinggi di pentas kebangsaan.
Kategori Level 1 (17 tahun ke bawah) Dalam kategori yang lebih kompetitif ini, kontinjen Melaka telah merangkul gelaran naib johan, menunjukkan koordinasi, kreativiti dan teknik yang hebat.
Tahniah diucapkan kepada pasukan cheerleading Negeri Melaka. Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Encik Zailani Bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Jurulatih, Guru Pengiring, Persatuan, Urusetia dan Ibu Bapa yang telah memberi sokongan padu sepanjang pertandingan pertandingan ini berlansung.
