SKATE PARK AYER KEROH BERWAJAH BAHARU!

HANG TUAH JAYA, 24 Disember 2035 – Majlis Penyerahan Gelanggang Skate Park Ayer Keroh, Melaka telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Melaka.
.
Kemudahan ini merupakan salah satu projek di bawah Peruntukan Pembangunan P.45 Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tahun 2025 untuk Negeri Melaka. Projek naik taraf ini telah dilaksanakan dalam tempoh lapan (  minggu dan siap sepenuhnya pada 6 November 2025.
.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan antara Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Tuan Haji Ir. Zainal bin Yusoff, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya; serta Encik Harizan bin Jasmi, Pengurus Jenuang Jaya Enterprise selaku kontraktor pelaksana.
.
Kerja-kerja naik taraf yang dijalankan melibatkan pembinaan pagar keselamatan kawasan serta pemasangan sistem pencahayaan lampu, bertujuan memastikan kemudahan ini dapat digunakan oleh belia setempat secara lebih selesa, selamat dan optimum, khususnya pada waktu malam.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search