- JBS Melaka
- Hits: 48
LAWATAN PEMERIKSAAN SISTEM PAIP DAN METER AIR DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN (KOMBES) NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 48
AYER KEROH, 24 Disember 2025 – Satu lawatan pemeriksaan sistem paip dan meter air telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Melaka bagi mendapatkan khidmat nasihat teknikal daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berhubung sistem paip dan meter air sedia ada selepas pelaksanaan projek naik taraf kompleks tersebut.
Lawatan ini bertujuan menilai keadaan sistem paip dan meter air sedia ada serta mendapatkan pandangan profesional sebelum kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem dilaksanakan. Usaha ini adalah bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan baik, cekap dan selamat digunakan, sekali gus dapat meningkatkan tahap keselesaan serta kualiti perkhidmatan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Dalam sesi perbincangan bersama pihak Syarikat Air Melaka Berhad, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut mendapatkan cadangan berkaitan penambahbaikan sistem paip dan meter air, khususnya sebagai persediaan pembukaan semula tempahan penginapan asrama yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat.
