- JBS Melaka
- Hits: 40
PROGRAM MELAKA HARD ENDURO VOL 2 SEMPENA MOTOCROSS TRACK DAY PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 SIRI 1 @ JASIN
- JBS Melaka
- Hits: 40
ASAHAN, 28 Disember - Program Melaka Hard Enduro Vol 2 sempena Motocross Track Day Peringkat Negeri Melaka 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya di Bukit Senggeh, Asahan.
Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 260 orang peserta dari seluruh negara, termasuk dari Singapura dan Indonesia. Sambutan yang amat memberangsangkan ini membuktikan sukan bermotor khususnya hard enduro dan motocross semakin mendapat tempat di hati penggemar sukan serta golongan belia.
Penganjuran kali kedua ini merupakan kesinambungan kejayaan Melaka Hard Enduro Vol 1 yang dianjurkan pada tahun 2020. Dengan penubuhan Kelab Sukan Bermotor FTG Bukit Senggeh serta kerjasama erat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, program ini berjaya direalisasikan semula dan berpotensi untuk dijadikan sebagai acara tahunan di DUN Asahan.
Sukan motocross bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, kemahiran dan strategi peserta, malah berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunan industri sukan bermotor yang merangkumi sektor automotif, kejuruteraan, pembuatan alat ganti serta pelancongan sukan.
Program Motocross Track Day ini turut memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman menunggang di litar semula jadi Felda Bukit Senggeh yang berlatarbelakangkan keindahan flora dan fauna Hutan Simpan Bukit Senggeh, dalam persekitaran yang terkawal dan selamat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Felda dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka atas sokongan yang diberikan.
Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Majlis Perbandaran Jasin, IPD Jasin, APM Jasin, Klinik Kesihatan Felda, semua agensi terlibat, Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh serta Kelab Sukan Bermotor FTG Bukit Senggeh atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan program ini.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mencungkil bakat baharu, mengaktifkan penglibatan belia serta mengangkat nama Negeri Melaka ke persada sukan bermotor tanah air dan antarabangsa.
