- JBS Melaka
- Hits: 22
LAWATAN PEMERIKSAAN BAGI CADANGAN KERJA KERJA NAIK TARAF KEMUDAHAN SUKAN BERSKALA KECIL NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 22
7 Januari 2026, Ayer Keroh – Telah berlangsung lawatan pemeriksaan bagi cadangan kerja-kerja Naik Taraf Kemudahan Sukan Berskala Kecil di Negeri Melaka bagi tahun 2026. Lawatan pemeriksaan ini telah diadakan bagi mendapatkan maklumat serta gambaran awal berkenaan cadangan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan mengikut keperluan setiap gelanggang sukan yang terlibat.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh wakil agensi seperti Majlis Sukan Negara Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Setiausaha JAPERUN yang terlibat serta wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat mengikut kawasan masing-masing bagi memberi pandangan serta input berkaitan keperluan semasa di peringkat komuniti.
Maklumat dan penilaian yang diperoleh melalui lawatan ini akan dijadikan asas pertimbangan dalam perancangan serta pelaksanaan kerja-kerja naik taraf kemudahan sukan bagi memastikan kemudahan yang disediakan lebih selamat, selesa dan memenuhi keperluan pengguna setempat.
