- JBS Melaka
- Hits: 117
LAWATAN TIMBALAN KETUA KONTINJEN KE PROGRAM LATIHAN PASUKAN BOCCIA NEGERI MELAKA
TANJUNG MINYAK 23 OGOS 2024 - Setelah beberapa edisi Para SUKMA tanpa wakil pasukan Boccia Melaka, edisi kali ini kontinjen negeri Melaka siap sedia untuk menyertai kesemua sukan yang dipertandingkan. Pasukan Boccia Negeri Melaka ini merupakan pasukan yang baru dibentuk bagi menyertai Para SUKMA Sarawak 2024.
YBrs Tuan Haji Sha’ari bin Samsudin selaku Timbalan Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka telah turun padang bagi bersama-sama meninjau program latihan dan persediaan pasukan. Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan sokongan kepada pasukan selain meningkatkan lagi motivasi atlet menjelang Para SUKMA Sarawak 2024 nanti.
Hadir bersama wakil daripada PESRON Melaka dan Kelab Sukan Rekreasi Kembara selaku rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Terima kasih jua diucapkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 yang bersama membantu menyediakan tempat latihan bagi pasukan Bocia Melaka.
- JBS Melaka
- Hits: 117
