- JBS Melaka
- Hits: 33
PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH SIRI 4 TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 33
𝗗𝗨𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟, 𝟭 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 4 Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗪𝗥𝗨𝗥) 𝗗𝗨𝗡 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Alor Gajah dengan kerjasama 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵, dan telah diadakan di 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺, 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗺𝗯𝗶𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮.
Seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡) 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 telah turut serta dalam menjayakan program ini. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, melibatkan gotong-royong membersihkan kawasan masjid di bahagian dalam dan luar.
Turut hadir menyantuni para sukarelawan ialah 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗭𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗹, ADUN Durian Tunggal, manakala majlis perasmian disempurnakan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣. 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, EXCO Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka.
Hadir sama memeriahkan program ialah 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗞𝗼𝗹𝗼𝗻𝗲𝗹 (𝗕) 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗸 𝗞𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗹𝗶, Pengerusi Masjid Imam Muslim, Kg. Belimbing Dalam.
Program ini bukan sahaja memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia, malah memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO belia, dan masyarakat setempat dalam usaha membudayakan nilai prihatin serta tanggungjawab sosial.
