- JBS Melaka
- Hits: 29
SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN INDUSTRI PEMBINAAN DI NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 29
AYER KEROH, 5 November 2025 - Satu Sesi Libat Urus bersama pihak berkepentingan Industri Pembinaan di Negeri Melaka telah diadakan pada 5 November 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Sesi ini melibatkan wakil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Melaka) bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM).
Tujuan utama penganjuran sesi ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama strategik, perkongsian kepakaran serta memperkukuh makluman dan kefahaman mengenai bidang industri pembinaan, khususnya dalam konteks keselamatan dan pembangunan fizikal
Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta Encik Khairul Anwar Bin Kamarulzaini, Pengurus Bahagian Operasi CIDB Negeri Melaka.
