- JBS Melaka
- Hits: 29
SEMINAR KESELAMATAN (KESEDARAN KEBAKARAN) JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 29
AYER KEROH, 5 November 2025 (Rabu) – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah menganjurkan Seminar Keselamatan (Kesedaran Kebakaran) yang diadakan di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Melaka.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kakitangan jabatan terhadap aspek keselamatan khususnya langkah-langkah pencegahan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh wakil daripada Syarikat Safety Protection Academy (Akademik Keselamatan) yang berpengalaman dalam bidang latihan keselamatan dan kebakaran.
Turut hadir dalam seminar ini ialah Encik Mohd Khairol Bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan, JBS Negeri Melaka.
Penganjuran seminar ini diharap dapat memupuk budaya kerja yang selamat serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan warga jabatan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
