600 PESERTA GEGARKAN SAWAH GADEK DI PROGRAM SUKAN KOMUNITI LUAR BANDAR MELAKA 2025

GADEK, Melaka 1 November 2025 – Sawah Gadek bertukar menjadi lautan keriangan apabila lebih 600 peserta membanjiri kawasan itu bagi menyertai Program Sukan Komuniti Luar Bandar Melaka 2025 yang berlangsung dengan bertemakan tradisional dan penuh warna-warni.
Suasana meriah sejak awal pagi dengan aktiviti senamrobik diikuti pelbagai acara menarik berunsur tradisi dan kampung seperti fun walk, memanah, memancing ikan, mengocak ikan, menangkap itik, pukul bantal, tiang licin serta tarik tali yang menjadi kemuncak acara dan mencuri tumpuan ramai.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir menyerikan majlis ialah YB Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, YBhg. Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah, serta YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada MAMEE, F&N serta pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang sama-sama berganding bahu menjayakan acara tersebut.
Dengan sorakan, tawa dan semangat kesukanan yang membara, Program Sukan Komuniti Luar Bandar Melaka 2025 bukan sekadar program sukan sahaja tetapi menjadu simbol kesepaduan komuniti, warisan desa dan semangat Melaka yang luar biasa.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search