- JBS Melaka
- Hits: 18
Karnival Hobi Rakan Muda Negeri Melaka 2025 Meriah Dua Hari Berturut-turut di Mahkota Parade!
- JBS Melaka
- Hits: 18
MELAKA, 25–26 Oktober 2025 – Karnival Hobi Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Mahkota Parade Shopping Centre terus mencuri perhatian warga Melaka apabila ribuan pengunjung hadir memeriahkan suasana sepanjang dua hari penganjurannya.
Hari pertama membuka tirai dengan penuh semangat melalui pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Tamiya Super FM Battle Road To Japan, Buskers Rakan Muda, dan Pertunjukan Money Heist Costume yang menonjolkan kreativiti dan gaya luar biasa para peserta. Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Tamiya turut disempurnakan oleh Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Kemeriahan diteruskan pada hari kedua dengan pelbagai aktiviti mencabar dan interaktif antaranya Remote Control Jentera Berat, Pertandingan Cup Stacking, KAHOOT Challenge, Olympic Squid Games, Amazing Race, serta Robot War yang berjaya menarik penyertaan aktif golongan belia dan pengunjung.
Karnival dua hari ini bukan sekadar ruang hiburan, malah menjadi platform bagi komuniti hobi dan belia untuk berkongsi minat, mengasah bakat serta memperkukuh semangat kesukarelawanan dan kebersamaan.
Karnival Hobi Rakan Muda Negeri Melaka 2025 membuktikan bahawa minat dan hobi mampu menyatukan generasi muda dalam suasana yang positif, kreatif dan berinspirasi.
