- JBS Melaka
- Hits: 17
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐖𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐁𝐒𝐍𝐌 𝐄𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐆𝐎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓
- JBS Melaka
- Hits: 17
AYER KEROH, 28 Oktober 2025 - Persahabatan Bowling Supporters JBSNM sempena Program Y-Hub Negeri Melaka 2025 telah berlangsung di Melaka International Bowling Centre, Ayer Keroh melibatkan penyertaan sebanyak 25 pasukan.
.
Program ini dilaksanakan sebagai platform jalinan kerjasama kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan belia Negeri Melaka.
.
Antara agensi yang mengambil bahagian dalam persahabatan tersebut ialah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Musaadah, Geomatika Melaka, Politeknik Merlimau, RTM Melaka, Pusat Komuniti Digital dan Kreatif Melaka, Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Melaka, MGBD Jasin, MGBD Melaka Tengah, Kelab Sukan Rekreasi Redtma, MGBD Alor Gajah, Harian Metro, IKTBN Alor Gajah dan MAYC Seri Pengkalan Lambak.
.
Berikut adalah senarai pasukan yang menang :-
Johan - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Naib Johan - Majlis Perbandaran Alor Gajah
Ketiga - Majlis Perbandaran Jasin
Keempat - 4B Solok Tangga Batu
Kelima - RTM Negeri Melaka
.
Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki telah dimenangi oleh Noor Azmi bin Omar dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Manakala Jatuhan Pin Tertinggi Wanita telah dimenangi oleh Nurhanita Binti Mohamed Hamdan dari Majlis Perbandaran Alor Gajah.
.
Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
