- JBS Melaka
- Hits: 59
PROGRAM KLAS CHEERLEADING PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 59
Ayer Keroh , 10 Disember 2025 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Cheerleading Peringkat Negeri Melaka 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran seramai 100 orang peserta daripada 24 buah sekolah. Program ini buat julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Life In Balance Aerobics Club bertujuan mempromosikan sukan Cheerleading dikalangan masyarakat Malaysia yang melibatkan akrobatik, tarian, lompatan, pyramid, aksi dan shouting.
Sesi latihan dan pembelajaran ini telah dikendalikan oleh enam (6) orang jurulatih dari Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM).
Di akhir sesi tersebut telah diumumkan seramai 26 orang peserta yang telah terpilih untuk mewakili Negeri Melaka dalam Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 20 & 21 Disember 2025 di Sunway, Velocity Mall.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hasiran Bin Lemat, Ketua Penolong Pengarah Unit Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Turut hadir YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Cheerleading Association and Register of Malaysia (Charm) dan Life In Balance Aerobics Club yang merupakan rakan strategik dalam membantu menjayakan KLAS Cheerleading Peringkat Negeri Melaka ini.
