- JBS Melaka
- Hits: 3
JAGUH LENGAN PAMER KEHEBATAN DI HSN MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 3
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Pertandingan Gusti Lengan sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 di Dataran Orang Kampung, Merlimau mencuri tumpuan ramai apabila barisan peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang tampil menunjukkan kekuatan fizikal serta semangat kesukanan yang tinggi.
Pertandingan yang berlangsung penuh sengit itu menyaksikan pertembungan hebat antara peserta lelaki dan wanita dalam pelbagai kategori berat badan bagi tangan kiri dan kanan. Ia bukan sahaja menguji kekuatan otot, malah turut menonjolkan disiplin, daya ketahanan serta keazaman luar biasa setiap peserta.
Antara pemenang yang menyerlah ialah Ezzy Luqman Hakimi Bin Noris yang menjuarai kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 66kg, manakala Joyce Heng membuktikan kehebatannya apabila mendominasi dua kategori utama – Wanita Tangan Kiri Terbuka dan Wanita Tangan Kanan Terbuka.
Penganjuran pertandingan ini bukan sekadar mencungkil bakat baharu dalam arena gusti lengan, malah turut memberi ruang kepada masyarakat untuk memupuk semangat kesukanan sejati bersempena Hari Sukan Negara 2025.
“Pertandingan seperti ini membuktikan bahawa kekuatan bukan hanya pada tenaga, tetapi juga pada semangat dan keazaman untuk terus berjuang,” ujar salah seorang peserta selepas menamatkan aksi akhir.
Dengan sambutan hangat dan sokongan padu daripada orang ramai, Pertandingan Gusti Lengan HSN Melaka 2025 berjaya mencipta suasana meriah serta membuktikan bahawa sukan ini terus mendapat tempat dalam kalangan belia dan komuniti setempat.
Senarai Pemenang Pertandingan Gusti Lengan HSN Melaka 2025:-
.
Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 66kg
1.Ezzy Luqman Hakimi Bin Noris
2.Bryan Darius Anak Robert
3.Chan Kai xin
4.Darshan A/L Thamarai Kannan
5.Ahmad Dhani Bin Mohd Zaki
6.Johan Habibbullah Muhd Tan Bin Abdul Fattah
7.Lim Sze Ming
8.Muhd Zulhaiqal Zufry Bin Zulkarnain
.
Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 66kg-76kg*
1.Tan Kai Yuan
2.Lai Wei Cong
3.Jeffery Wong Wei Cong
4.Chan Eason
5.Muhd Daniesh Haizal Bin Mohd Aran
6.Danson Ee Kai Jie
7.Thanaseelan A/L Kumaran
8.Muhd Nurhafiz Bin Hamidon
.
Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 76kg-86kg*
1.Tan Kai Yuan
2.Muhd Daniesh Haizal Bin Mohd Aran
3.Bryan Darrius Anak Robert
4.Muhd Denial Hakim Bin Samsul
5.Muhd Zulhaiqal Zufry Bin Zulkarnain
6.Thannaseelan A/L Kumaran
7.Nur Alif Alfian Bin Hamidi
8.Muhd Addib Farhan Bin Mohd Fikri
.
Kategori Lelaki 21 Tahun ke Bawah Tangan Kanan 86kg+*
1.Muhd Haikal Hakimi bin Jais
2.Mohd Azwallillah Siddiq bin Mohd Azman
3.Luqman Nulhakim Bin Jafar
4.Muhd Hafiz Hafizi Bin Mohd Idris
5.Cholan Darius Gundarajoo
6.Kelvin Tay Lik Kim
7.Muhd Hazim Asyraf Bin Mohd Rashidi
8.Leong Yong Wei
.
Kategori Wanita Tangan Kiri Terbuka
1.Joyce Heng
2.Nura Ain Binti Osman
3.Nur Hidayu Binti Nor Rongzi
4.Siti Aisyah Binti Abu Hasan
5.Fathiyyah Binti Mat Isa
6.Ili Ajeerah Binti Hashim Najib
7.Kuntum Dhia Sakura
8.Nurul Fatin Nabila Binti Abdullah
.
Kategori Lelaki Tangan Kiri 76kg
1.Lai Sheng Yong
2.Muhd Asri Bin Mohd Anuar
3.Muhd Fakhruradzi Bin Rashid
4.Muhd Farez Bin Bahari
5.Addyfelilie Manuil
6.Bryan Darius Anak Robert
7.Muhd Daniesh Haikal Bin Mohd Aran
8.Jeffery Wong Wei Cong
.
Kategori Lelaki Tangan Kiri 76kg
1.Muhd Ameyr Ho Bin Imran Ho
2.Muhd Haikal Hakimi Bin Jais
3.Mohd Azwallillah Siddiq bin Mohd Azman
4.Audi Tan
5.Cholan Darius Gundarajoo
6.Luqman Nulhakim Bin Jafar
7.Markus Nen
8.Muhd Hafiz Hafizi Bin Mohd Idris
Kategori Wanita Tangan KANAN TERBUKA
1.Joyce Heng
2.Nura Ain Binti Osman
3.Nur Hidayu Binti Nor Rongzi
4.Saliza Binti Kamarudin
5.Rohainah Binti Wahab
6.Nurul Fatin Nabila Binti Abdullah
7.Ili Ajeerah Binti Hashim Najib
8.Leong Yong Er
.
Kategori Lelaki Tangan Kanan 70kg
1.Muhd Asri Bin Mohd Anuar
2.Lai Sheng Yong
3.Juliasin bin Karaisin
4.Addyfelilie Manuil
5.Danson Ee Kai Jie
6.Muhd Ulwan bin Mohd Hamzah
7.Ahmad Fiqri Bin Mat Daud
8.Muhd Amirul Iskandar Bin Mohd Fauzi
.
Kategori Lelaki Tangan Kanan 70kg-86kg
1.Muhd Ameyr Ho Bin Imran Ho
2.Loo Wayee
3.Tan Kai Yuan
4.Yasser Arsward Bin Abu
5.Nur Alif bin Rahim
6.Jeffery Wong wei Cong
7.Muhd Daniesh Haziq bin Mohd Aran
8.Amir Hussain
.
Kategori Lelaki Tangan Kanan 86kg
1.Muhd Haikal Hakimi bin Jais
2.Ahmad Norfaes Bin Kamaluddin
3.Mohd Faizal Bin Mad Dom
4.Muhd Hafiz Hafizi Bin Mohd Idris
5.Chin Yong Quan
6.Markus Nen
7.Mohd Azwallillah Siddiq bin Mohd Azman
8.Audi Tan
.
Pertandingan ini jelas membuktikan bahawa semangat Hari Sukan Negara bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga tentang penyatuan rakyat melalui aktiviti yang mencabar fizikal, memperkukuh semangat juang dan membina keyakinan diri.
