- JBS Melaka
- Hits: 4
INTERNATIONAL TOUR DE HISTORICAL MALACCA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 4
ALOR GAJAH, 19 Oktober 2025 – Program International Tour De Historical Malacca 2025 telah berlangsung dengan meriah di Freeport A’Famosa Outlet, Alor Gajah. Pelepasan kayuhan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM), Encik Zailani Siran, bersama Encik Sodikin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, serta ASP Mohamad Yassar Ishak, wakil Ketua Polis Daerah Alor Gajah.
Terdahulu satu sesi serahan cek cura Geran Padanan Sukan bernilai RM55,000.00 telah disampaikan oleh Pengarah JBSNM kepada Encik Fadil Saidin, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Kembara selaku penganjur.
