- JBS Melaka
- Hits: 29
LAUNGAN "MANA LAGI...? MELAKA LER...!" BERGEMA DI PENTAS LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 29
UNITEN BANGI, 26 September 2025 - Telah Berlangsung Majlis Perasmian Pembukaan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan bertempat di Sports Arena, Uniten Bangi.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut Hadir Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka.
Sebanyak tiga acara sukan yang dipertandingkan bagi Liga Sukan Komuniti (LSK) Kebangsaan pada tahun ini iaitu Bola Jaring, Sepak Takraw dan Ping Pong Berpasukan yang disertai oleh setiap Negeri. Di doakan agar pasukan LSK Negeri Melaka dapat melakukan yang terbaik, memperoleh kejayaaan dan seterusnya mengharumkan nama Negeri Melaka.
Mana Lagi Kiter !! Melaka Ler !!!
