- JBS Melaka
- Hits: 35
ADUN MERLIMAU BANTU LAKSANA HSN MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 35
MERLIMAU, 25 September 2025 - Sesi Perbincangan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 bersama Datuk Dr Akmal Saleh,EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap Adun Merlimau telah berlangsung di kediaman beliau di Merlimau, Jasin.
.
Sesi perbincangan adalah berkaitan pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang bakal berlangsung di Dataran Orang Kampung, Merlimau pada 11 Oktober 2025. Promosi dan hebahan turut dibincangkan bagi menarik kehadiran rakyat Melaka khususnya masyarakat Merlimau ke program berkenaan.
.
Hadir sama Encik Zailani Siran, Pengarah JBS Melaka; Encik Mohd Khairol Kamis, Penolong Pengarah JBS Melaka dan Encik Mohd Hazriq Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
